Thursday, January 14, 2010

Post Mortem : Wa'dul Haq vs Kaherah Koogers FC

Antara feedback yg diperoleh selepas permainan ialah:

Satu cadangan untuk membuat sub team dalam team Wa'dul Haq. Dgn mewujudkan sub team, satu gameplan dpt dilaksanakan dgn lebih menyeluruh. Kita taknak ada dalam satu team dua orang yg berfikir defensif dan empat orang yg berfikir offensif. Taknak ada yang mahu main long pass, ada yg mahu short pass.

Orang tua macam kita cepat pancit, jadi kita tak boleh selalu nak main naik turun. Cadangannya ialah kita try untuk main relax, dan naik serang ke atas bila lawan off guard.

Kita still kurang bergerak cari ruang selepas passing bola. Orang yg dah pegang bola jd susah nk pass.

Position kaki juga diperhatikan masih salah ketika menunggu bola. 

"In a block tackle, the non-tackling foot must be placed firmly forward and the knee bent slightly forward to centre all your force down on the ball. It is also necessary to incline the upper body forward with the head positioned downward towards the ball - this also concentrates your centre of gravity and hence all your force in one place."

Maksudnya masa bola datang, satu kaki misti ade kt depan sikit, bukan selari dengan kaki satu lagi. Ni penting untuk balance badan dan jugak untuk turning laju bila dapat bola. 

Defense kene pandai anticipate selalu gerakan pihak lawan. Kadang-kadang perlu masuk terus kasik lawan x sempat susun game. Kadang-kadang kene hold back supaya tak senang kena tipu. Decide mana yg patut everytime.

Rasenye, position paling sesuai untuk team kita ialah 2-1-1-1. Dua defend pure, mindset defend. satu defensive midfielder, kerap cuba tackle bola se awal mungkin di atas. Satu sub-striker, dan satu front striker. Front striker bukak n carik ruang. Sub-striker bawak bola ke atas n decide nk pass ke front striker atau pon shoot. 

Tuesday, January 12, 2010

Ngecat Jersi Sket...









Mula-mula, kitorg plan untuk tlg buat no. jersi utk semua ahli team. Namun setelah semalaman membuat no. jersi sendiri, x jadi la plak. sebab leceh n take time. so sape2 yg rase nk cube bakat utk kale jersi mereka bole la dtg ke umah kitorg, cat ade, berus pon ade.

Monday, January 11, 2010

Jersi Wa'dul Haq sudah dibeli...

OKeh, ni dia jersi kita! baru dibeli dari Attaba. ade 12 helai je. semua ada kecuali utk wafi dan bundle. wafi sebab die slalu bz, taktau bile die dapat main. Bundle sebab tak dpt nk kontek die utk inform psl nk beli jersi.

Saturday, January 9, 2010

Jersi Umbro City Star...

Dikhabarkan dari Munir, Mat dan Akmal, Umbro di City Star ade membuat sale bagi jersi team England. Harga dalam le60-70. designnya adalah mengikut tahun 2007-2009.



so, ni je la option yg aku berjaya survey utk jersi team kite nih. gamba atas tu adalah gamba internet, tp mengikut Mat, yg dijual di City Star adalah menyerupai yg sedemikian.

Jersey dari Attaba...


kualiti bagus, mcm jersey siam biasa.
harga LE39. lil asaf xleh nk kurang walaupon beli byk.

ni contoh dua jersey yg ada kt situ.





selain tu, ada jersi-jersi lain iaitu:

- Barca : Peach fluorescence, Kuning dan Biru Merah 

- Manchester Utd : Merah, Hitam, Putih

- Arsenal : Biru Gelap, Hijau (Gambar) dan Merah

- AC Milan : Merah, Putih

- Chelsea : Biru, Putih, Hitam 

rumah kami (Aslam, Ayep, Aripuden) merekemen jersi barca kuning atau peach fluorescence. jika munir sudah ada yg kuning, kami memilih untuk membeli peach fluorescence. xmo nnt ade sorg yg jersi lagi lawa dr org lain. haha.



 

Friday, January 8, 2010

Jersi Team Kita Amcm?

Saksikan video-video goal futsal di sini untuk mengambil idea2 bagaimana melakukan gerakan goal.

Best Goals in Futsal World Cup 2008 Brazil.
http://www.youtube.com/watch?v=83BNGKyTrtY



Untuk makluman semua, team kita merancang untuk membeli jersi pasukan. Kemungkinan harga ialah sekitar LE40 untuk jersi replica Made in China (bukan Made in Egypt). Dan kalau made in Egypt mungkin sekitar LE25-30 sahaja.

Warna jersi kemungkinan ialah hitam putih (Juve) ataupun hijau putih (celtic).

Pembelian mungkin dilakukan secepat mungkin agar boleh mula digunakan pada perlawanan Rabu ini.

Harap semua dapat memberikan feedback masing-masing tentang pembelian jersi pasukan ini.

Senarai ahli pasukan yg akan dibelikan baju:

  1. Munir
  2. Daus
  3. Hamdan
  4. Dzul
  5. Syazwan
  6. Haikal
  7. Aslam
  8. Ayep
  9. Aripuden
  10. Mat
  11. Akmal
  12. Wafi
  13. Hafiz Hamzah
  14. Bundle

total:14 baju....

Monday, January 4, 2010

Post Mortem : Wa'dul Haq vs. Matrix Fc.

Sebenarnya team kita mempunyai potensi yang tinggi. namun apa yg perlu kita highlightkan ialah kelemahan kita supaya mudah untuk kita tingkatkan prestasi.

first skali tahniah buat semua pemain kerana telah menunjukkan komitmen 100 peratus dalam match lepas. Khusus buat penjaring gol serta peng'assist': Munir, Mat dan Daus.

Antara masalah team yang dapat dilihat pada match tersebut ialah:

1. Team kita byk tunggu bola secara STATIK. Bila macam ni, org kita senang kena marking. kalau pass snang kene pintas.

Penyelesaian:
Sentiasa gerak-gerak sikit bila mintak bola. Kiri-kanan, depan- belakang. Signal mana kita mau bola di'pass ke kita.


2. Tiada 'tactical planning' untuk corner. Jadi kita banyak waste peluang bila amik corner. And banyak membahayakan gol ketika kene corner.

Penyelesaian:
Masing-masing boleh brainstorm, wat plan camane taktikal corner yg cantik anda rasa.


3. Defender kabut time kene bola tinggi. Ni kene jaga-jaga.

Penyelesaian:
Google camana tips untuk defending, especially bola tinggi.

4. Striker terlampau jauh terpisah. Ini menyukarkan untuk passing sesama sendiri.

Penyelesaian:
Main rapat sket supaya senang untuk pass. Ini boleh elak dari bola senang dipintas. Main thru pass selalu. Tunjuk arah guna tangan, mana anda mahu bola di pass.

5. Mindset kita, bola mesti sentiasa gerak ke depan. Ini boleh menyebabkan gerakan menjadi tidak tersusun kerana terlalu gopoh. Kadang-kadang, apabila ruang tertutup, arah gerakan perlu diubah ke ruang yg kosong.

Penyelesaian:
Sekali-sekala, kena tarik bola, ubah direction gerak, ke kiri, kanan or belakang.

6. Kurang instinct untuk merembat tepat dari jauh. Rembatan jarak jauh yang tepat boleh menaikkan semangat team. Juga boleh membuat team lawan menjadi cuak. Jadi ia amat penting untuk dibuat walaupun tidak gol.

Penyelesaian:
Fikirkan zon merembat yg sesuai untuk diri anda. Tidak terlalu jauh, sehingga bola jadi x kuat. Dan tidak terlalu dekat, supaya kawasan itu lebih mudah dicapai, jadi percubaan dilakukan dgn lebih kerap.


7. Pace gerakan yg terlalu sekata. Bila sekata, lawan senang mengagak gerakan kita. Jadi bola selalu terlepas.

Penyelesaian:
Banyakkan variasi pace anda supaya lawan menjadi keliru. Mula-mula jalan, lepas tu pecut tiba-tiba ke kanan-kiri. Dan brek bola. Variasikan pace.

8. Dan akhir sekali, yg tidak kurang pentingnya, seragamkan warna baju kita. supaya mudah nk kesan mana position team mate yg lain.

Penyelesaian:
Jom kita beli jersi untuk team ni!


Oh, satu lagi... physical fitness itu penting. Sila pastikan tidak makan apa-apa satu jam setengah seblom main. Just minum air jika rasa kurang tenaga.
Search