Sebenarnya team kita mempunyai potensi yang tinggi. namun apa yg perlu kita highlightkan ialah kelemahan kita supaya mudah untuk kita tingkatkan prestasi.
first skali tahniah buat semua pemain kerana telah menunjukkan komitmen 100 peratus dalam match lepas. Khusus buat penjaring gol serta peng'assist': Munir, Mat dan Daus.
Antara masalah team yang dapat dilihat pada match tersebut ialah:
1. Team kita byk tunggu bola secara STATIK. Bila macam ni, org kita senang kena marking. kalau pass snang kene pintas.
Penyelesaian:
Sentiasa gerak-gerak sikit bila mintak bola. Kiri-kanan, depan- belakang. Signal mana kita mau bola di'pass ke kita.
2. Tiada 'tactical planning' untuk corner. Jadi kita banyak waste peluang bila amik corner. And banyak membahayakan gol ketika kene corner.
Penyelesaian:
Masing-masing boleh brainstorm, wat plan camane taktikal corner yg cantik anda rasa.
3. Defender kabut time kene bola tinggi. Ni kene jaga-jaga.
Penyelesaian:
Google camana tips untuk defending, especially bola tinggi.
4. Striker terlampau jauh terpisah. Ini menyukarkan untuk passing sesama sendiri.
Penyelesaian:
Main rapat sket supaya senang untuk pass. Ini boleh elak dari bola senang dipintas. Main thru pass selalu. Tunjuk arah guna tangan, mana anda mahu bola di pass.
5. Mindset kita, bola mesti sentiasa gerak ke depan. Ini boleh menyebabkan gerakan menjadi tidak tersusun kerana terlalu gopoh. Kadang-kadang, apabila ruang tertutup, arah gerakan perlu diubah ke ruang yg kosong.
Penyelesaian:
Sekali-sekala, kena tarik bola, ubah direction gerak, ke kiri, kanan or belakang.
6. Kurang instinct untuk merembat tepat dari jauh. Rembatan jarak jauh yang tepat boleh menaikkan semangat team. Juga boleh membuat team lawan menjadi cuak. Jadi ia amat penting untuk dibuat walaupun tidak gol.
Penyelesaian:
Fikirkan zon merembat yg sesuai untuk diri anda. Tidak terlalu jauh, sehingga bola jadi x kuat. Dan tidak terlalu dekat, supaya kawasan itu lebih mudah dicapai, jadi percubaan dilakukan dgn lebih kerap.
7. Pace gerakan yg terlalu sekata. Bila sekata, lawan senang mengagak gerakan kita. Jadi bola selalu terlepas.
Penyelesaian:
Banyakkan variasi pace anda supaya lawan menjadi keliru. Mula-mula jalan, lepas tu pecut tiba-tiba ke kanan-kiri. Dan brek bola. Variasikan pace.
8. Dan akhir sekali, yg tidak kurang pentingnya, seragamkan warna baju kita. supaya mudah nk kesan mana position team mate yg lain.
Penyelesaian:
Jom kita beli jersi untuk team ni!
Oh, satu lagi... physical fitness itu penting. Sila pastikan tidak makan apa-apa satu jam setengah seblom main. Just minum air jika rasa kurang tenaga.
Monday, January 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
go go asle..:D
Post a Comment